Manchester United sah lantik Mourinho sebagai pengurus baharu

Manchester United sudah melantik Jose Mourinho sebagai pengurus baharunya, lapor Sky Sports sebentar tadi.

United sah lantik Mourinho pengurus baharu

United sah lantik Mourinho pengurus baharu

Mourinho, 53, menggantikan pengendali dari Belanda, Louis van Gaal yang dipecat Isnin lalu iaitu dua hari selepas United merangkul Piala FA ke-11 mereka.

Pengurus yang turut dikenali sebagai “Special One”, itu dipecat oleh Chelsea pada Disember.

Mourinho sebelum ini pernah mengendalikan kelab Porto, Inter Milan dan Real Madrid. – Agensi

 

Sumber: BH Online

Post a Comment

Previous Post Next Post