Sharnaaz kirim ‘salam sayang’ untuk haters telur kecik

Bermula dengan kes beliau ditegur oleh Intan Suraya sehinggalah isu dimana foto beliau berpelukan bersama Noor Nabila, minggu ini Sharnaaz Ahmad menjadi sasaran utama haters untuk mengkritik beliau.

Sudah lali dengan semua komen negatif, Sharnaaz melalui akaun Instagramnya tidak terkesan dengan setiap kata-kata hinaan dan kritikan. Buat Sharnaaz, setiap apa yang beliau lakukan biarlah beliau yang tanggung segala dosanya dan orang lain tidak perlu masuk campur.

Too all my haters and keybord warrior !! Jebat foo kirim salam sayang dari raub.. Jangan nakal nakal tau.. Wa punya dosa sama tuhan wa jawab.. Lu punya dosa lu jawap.. Salam kawan kawan #buathaterstelowkecik

Kenyaatan Sharnaaz yang cukup padu dan mendalam itu mendapat sokongan daripada sesetengah pihak.

Sharnaaz juga pada masa yang sama mengakui beliau terima teguran Intan Suraya dengan hati yang terbuka.

Bila Sharnaaz Ahmad dah berkata-kata, memang “halus” der tapi cukup padu dan mantap. Sharnaaz sememangnya tidak gentar dengan haters.

Sumber Berita : Instagram Sharnaaz Ahmad

 

Sumber: Beautifulnara.com

Post a Comment

Previous Post Next Post