Menyimpan makanan dalam jangka masa yang agak lama di dalam peti sejuk boleh menyumbang kepada bau yang kurang menyenangkan. Jadi, pasti kan anda membersihkan peti sejuk secara teratur. Bukan sahaja peti ais bersih malah ruang kediaman menjadi lebih segar. Namun ada petua untuk anda bagi memberikan kesegaran bau dalam peti sejuk. Sediakan semangkuk air kosong kemudian titiskan beberapa titis Essense Vanilla ke dalam mangkuk air ini. Letakkan ke dalam peti sejuk. Peti ais anda akan berbau harum sentiasa.