6 Tahun berusaha akhirnya Soo Wincci genggam PHD

Penyanyi, Soo Wincci, 30, hampir ‘hilang akal’ kerana tertekan mengimbangi bebanan kerja sebagai selebriti dengan tanggungjawabnya sebagai pelajar peringkat doktor falsafah (PHD) dalam jurusan Pentadbiran.

Hampir putus asa, Soo Wincci akhirnya genggam PHD

Hampir putus asa, Soo Wincci akhirnya genggam PHD

Wincci berkata, beberapa bulan terakhir adalah tahap kritikal apabila seorang pelajar peringkat PHD memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal.

Beliau juga mengaku hampir berputus asa, namun enggan mensia-siakan kerja kerasnya selama enam tahun.

“Mereka yang berada di sekeliling dapat melihat betapa serabut diri saya ketika itu. Saya hampir ‘gila’ kerana perlu menghantar kajian mengikut tempoh yang ditetapkan. Saya tidak mahu menjadikan status sebagai selebriti sebagai alasan.

“Saya juga hampir berputus asa. Begitupun, daripada segala usaha keras saya selama enam tahun, bertungkus lumus dan bersengkang mata bagi menyiapkan tugasan, sia-sia begitu saja, saya kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan menyiapkan kajian.

“Saya menangis beberapa kali apabila diumumkan antara pelajar yang tersenarai selesai menamatkan pengajian. Sukar untuk saya ungkapkan perasaan gembira berjaya menamatkan pelajaran. Terasa seperti bebanan di bahu saya kini tiada lagi,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi lagu Musim Asmara itu berkata, beliau menguatkan semangat menggenggam segulung ijazah bagi menepis tanggapan serong yang dilemparkan terhadap penggiat seni.

Wincci berjaya membuktikan ijazah yang diraih sebagai penanda aras kepada rakan seperjuangannya lain.

“Ada sesetengah pihak yang memandang remeh golongan selebriti dan saya menyimpan cita-cita untuk mengubah stigma itu. Kejayaan yang diraih bukan menerusi jalan mudah, sebaliknya saya berusaha keras selama enam tahun biarpun sibuk dengan kerjaya seni.

“Saya berterima kasih kepada beberapa selebriti tempatan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Aaron Aziz, Scha Alyahya, Beto Kusyairi, Datuk Aznil Nawawi dan ramai lagi yang membantu saya dalam usaha menyudahkan kajian,” kata Wincci yang menerima biasiswa Universiti Terbuka Kuala Lumpur.

Wincci bakal menghadiri konvokesyen di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 31 Oktober depan.

 

Sumber: BH Online

Post a Comment

Previous Post Next Post