Anak Umie Aida tak minat berlakon, selesa jadi pemandu dan ‘bodyguardnya’

Aktres terkenal Umie Aida mendedahkan dua anak lelakinya tidak minat mengikut jejak langkahnya dengan terjun dalam dunia lakonan.

Anak tidak minat berlakon, selesa jadi ‘bodyguard’ Umie Aida

Anak tidak minat berlakon, selesa jadi ‘bodyguard’ Umie Aida

Mohd Daniel Firdaus, 23, dan Mohd Dzulhelmy, 22, pernah membintangi beberapa drama sejak kecil, katanya.

Namun Umie lega apabila anak-anaknya tidak perlu mengharungi kegetiran yang dihadapinya sepanjang berada dalam industri seni.

“Selain mereka sendiri pernah merasai berada di hadapan kamera, saya nampak kecenderungan mereka bukan ke dunia lakonan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

“Cuma si sulung tampak lebih kepada muzik. Rasaya lebih baik begitu kerana sebagai anak seni, saya sudah melalui sepak terajang kerjaya ini yang banyak menuntut kesabaran.

“Jika berbakat atau bermodalkan rupa juga tidak berguna andai kurang semangat,” katanya.

 

 

Umie, 42, berkata anak-anaknya yang kini menuntut jurusan perniagaan di sebuah kolej swasta lebih selesa menjadi penemannya sehingga disalah anggap “pengawal peribadi” yang digajinya.

“Kadangkala apabila tiada kelas, seorang daripada mereka akan menjadi peneman dan pemandu peribadi saya,” katanya.

“Cuma lucunya ada orang menyangka saya membawa pengawal peribadi terutamanya jika Daniel di sisi.”

Dalam perjalanan itu, tambahnya, mereka bercerita mengenai pelajaran dan perkembangan di kolej.

“Walaupun [mereka] sudah dewasa, sebagai emak, kita masih perlu memantau pergerakan anak sekalipun lelaki,” kata Umie lagi.

 

Sumber: Projek MMO

Post a Comment

Previous Post Next Post