Cicak tokek melekat di bibir gara-gara cuba cium

Seorang budak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila bibirnya digigit cicak tokek selepas dia cuba mencium reptilia berkenaan.

Gambar budak lelaki berusia 10 tahun menangis dengan seekor cicak tokek tergantung di bibirnya mula viral di Internet selepas dimuat naik di laman Facebook beberapa hari lalu.

Cicak tokek lekat di bibir

Cicak tokek lekat di bibir

Lokasi kejadian tidak dinyatakan, tetapi cicak berkenaan dikatakan menggigit bibir budak itu selepas dia mencium haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, pemilik gambar itu tidak memberitahu bagaimana budak lelaki itu melepaskan bibirnya daripada cicak berkenaan.

Gambar itu juga mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook yang memberi pelbagai cara untuk melepaskan gigitan haiwan berkenaan.

“Kasihan anak kecil ini digigit Tokek. Tunggu bunyi petir barulah tokek ini lepaskan gigitannya,” kata pengguna dikenali sebagai Nur Sidik.

Seorang lagi pengguna, Marlinda Thea pula memberitahu, ada beberapa cara untuk melepaskan gigitan cicak berkenaan tanpa menyakiti haiwan itu.

“Letakkan haiwan itu di tanah dan biarkan ia tenang. Dia pasti melepaskan gigitan.

“Cara kedua, letak tokek itu di atas dan picit perutnya perlahan-lahan sehingga ia membuka mulut,” katanya. – Agensi

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post