Gadis tak sengaja tertelan berus gigi ketika memberus gigi

Sorang gadis 20-an secara tidak sengaja tertelan berus gigi semasa sedang memberus gigi di kediamannya, lapor akhbar.‎

Tak sengaja tertelan berus gigi

Tak sengaja tertelan berus gigi

Menurut akhbar Sada, gadis dari pelabuhan Western Red Sea, Jeddah dikejarkan ke hospital selepas berus gigi terperangkap di dalam perutnya.

Menurut Dr Ahmed Hashim, berus gigi tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan dari perut wanita itu.

“Doktor berjaya mengeluarkan berus gigi berkenaan dalam masa 20 minit tanpa melakukan pembedahan dan mangsa dibenarkan keluar hospital pada hari yang sama,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post