Kadar bayaran zakat fitrah seluruh negeri 2016/1437H

Berikut ialah kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2016 bersamaan 1437 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri

Waktu Ideal Pembayaran Zakat Fitrah
Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri
Bayar zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan bagi mengelakkan tanggungjawab itu tidak dapat ditunaikan pada saat akhir iaitu pada Hari Raya Pertama

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2016 SELURUH NEGERI DI MALAYSIA

Senarai kadar bayaran zakat fitrah yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri

Negeri MalaysiaNegeri Tahun 2016Update Tahun 2015
Bendera PerlisPerlis Ringgit Malaysia RM7.00 Ringgit Malaysia RM6.50
Bendera KedahKedah Ringgit Malaysia RM7.00 Ringgit Malaysia RM7.00
Bendera Pulau PinangPulau Pinang Ringgit Malaysia RM7.00
Bendera PerakPerak Ringgit Malaysia RM7.00
Bendera SelangorSelangor Ringgit Malaysia RM7.00
Bendera Negeri SembilanNegeri Sembilan Ringgit Malaysia RM6.50 Ringgit Malaysia RM6.50
Bendera MelakaMelaka Ringgit Malaysia RM6.70 Ringgit Malaysia RM6.70
Bendera JohorJohor Ringgit Malaysia RM6.00/8.00* Ringgit Malaysia RM5.00/8.00*
Bendera PahangPahang Ringgit Malaysia RM7.00 Ringgit Malaysia RM7.00
Bendera TerengganuTerengganu Ringgit Malaysia RM7.00 Ringgit Malaysia RM7.40/6.80/4.60*
Bendera KelantanKelantan Ringgit Malaysia RM7.00
Bendera SarawakSarawak Ringgit Malaysia RM7.00
Bendera SabahSabah Ringgit Malaysia RM7.00 Ringgit Malaysia RM7.00
Bendera Kuala LumpurKuala Lumpur
Bendera PutrajayaPutrajaya
Bendera LabuanLabuan
Ringgit Malaysia RM7.00
InfoNota Dan Info Berkaitan
Butiran kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2016 akan dilengkapkan sebaik sahaja mendapat pemakluman rasmi dari Majlis Agama Islam setiap Negeri
Kadar harga zakat fitrah di negeri Terengganu pada tahun ini (2016) telah diselaraskan dengan satu kadar berbanding tiga kadar pada tahun lalu (2015) bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran
(*) Kategori kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor adalah berdasarkan harga gred atau jenis beras yang dimakan

 

Sumber: My Sumber

 

Jom baca sikit tentang Zakat Fitrah. Info ini dipetik dari www.maij.gov.my:

Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.


Kefardhuan Zakat FitrahTakrif Zakat Fitrah
Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.

Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith-hadith berikut :

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :

Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.

Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.

Daripada Ibn Said berkata : Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya sebelum ini.

Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan … dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.

Hukum Zakat Fitrah
Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

 

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.

Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.

Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

 

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah

1. Islam dan merdeka.

2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.

3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

 

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:

1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.

3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

 

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.

4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

 

Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah

1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.

2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).

3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Lafaz Akad Zakat Fitrah
1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Post a Comment

Previous Post Next Post