Kini Bergelar Doktor: Soo Wincci Menangis Selama 1 Jam

Figura ratu cantik Malaysia, Soo Wincci menangis hampir satu jam kerana usahanya selama enam tahun dalam pengajian peringkat kedoktoran, akhirnya tamat dengan jayanya.
 
Dalam pada itu, Wincci juga ada berkongsi kegembiraannya di laman sosial Instagramnya.
 
"Minta maaf, Wincci dah tak dapat mengawal emosi selepas pemeriksa mengumumkan bahawa Wincci akhirnya sudah lulus PhD. Perjuangan selama enam tahun bersendirian, dalam tempoh itu juga kurang tidur dan mengalami tekanan hanya gara-gara untuk mendapatkan nama doktor.
 
"Jutaan penghargaan kepada sokongan yang telah anda berikan dan terima kasih kepada semua fans yang menemani Wincci sepanjang enam tahun ini," luah Wincci.
 
Sementara itu, ketika dihubungi sebentar tadi, Wincci berkata, tidak tergambar bagaimana perasaan itu tatkala pemeriksa memaklumkan PhDnya telah lulus.
 
Wincci yang bakal menerima Doctor of Philosophy (PhD) atau dikenali sebagai ijazah lanjutan tidak lama lagi, merupakan pelajar dalam bidang Business Administration di Open University Malaysia.
 
MH Online turut mengucapkan tahniah! di atas kejayaan besar yang telah dikecapi oleh Wincci hari ini. Inilah contoh terbaik buat semua orang termasuk selebriti Malaysia. Sibuk bagaimanapun, tetap gigih berusaha demi menggapai impian.

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post