Beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dan sudah tentunya kita akan mencari bazar Ramadan yang berhampiran untuk mendapatkan juadah berbuka puasa. Berikut merupakan 'Top 5' Bazar Ramadan;
1. Stadium Malawati, Shah Alam
Bagi yang pernah melewati stadium ini, pastinya tahu betapa luasnya kawasan Stadium Malawati. Tempat ini mampu memuatkan sebanyak 200 gerai. Antara juadah pilihan yang sering menjadi pilihan ramai ialah Ayam Golek, Rojak Singapura, Nasi Goreng Berempah, Popiah, dan Cempedak Goreng. Sedapnya! Terliur pula dengar.
2. Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Bertempat di sekitar kawasan mini pasaraya Giant, kawasan bazar Ramadan ini istimewanya terdapat lebih daripada enam gerai yang menyajikan sajian yang berpanggang. Bazar di sini, Sambal Ikan Cencaru antara pilihan yang sering menjadi tumpuan ramai. Buat penggemar menu panggang, jom datang di sini.
3. Jalan 14/28, Petaling Jaya
Untuk lokasi di seksyen 14 ini pula, tempatnya tidaklah besar dan juga kecil, cuma sederhana sahaja. Pun begitu, buat mereka yang 'kaki makan' pastinya pandai meneka gerai yang mana menyajikan hidangan yang dijamin sedap. Andainya gerai itu ramai yang beratur, maka di situlah terdapat juadah yang lazat dan sedap.
4. Jalan USJ 4/5, Subang Jaya
Di USJ 4 ini pula, terdapat Kuih Karipap yang selalu menjadi permintaan ramai, malah setiap kali bulan puasa tiba, mereka yang duduk berhampiran di kawasan USJ 4 pasti tidak melepaskan peluang untuk dapatkan Kuih Karipap di gerai Raja Karipap Antarabangsa. Selain itu, terdapat juga Kepak Ayam Madu dan Roti John Lennon serta Murtabak.
5. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
Lokasi yang pastinya membuatkan anda sanggup untuk datang semata-mata ingin mencari kelainan untuk juadah berbuka puasa, sebab apa? Walaupun parkir susah, namun di sini ada Kepak Ayam (Sabah), Burung Puyuh, Nasi Lemak dan Jus Durian yang menjadikan pilihan wajib rata-rata penduduk di sekitar Seksyen 16.
Terliur? Dah membilang hari? Sabar, puasa untuk kita mendapatkan pahala yang berlipat ganda dan beramal dengan amalan. MH Online berharap janganlah kita semua terlalu membazir ya.
Tags:
MEDIAHIBURAN