Koleksi baju raya Che Ta indah khabar dari rupa, ini jawapan balas Che Ta!

Pelakon Rozita Che Wan menjelaskan mengenai koleksi baju raya kolaborasi bersama Tesco yang menjadi isu baru-baru ini.

Rozita Che Wan, 43, lebih mesra disapa dengan panggilan Che Ta berkata, isu tersebut timbul kerana pembeli tidak memilih baju tersebut mengikut saiz yang bersesuaian.

PILIH BAJU IKUT SAIZ SESUAI - CHE TA KOMEN ISU KOLEKSI BAJU RAYA

PILIH BAJU IKUT SAIZ SESUAI – CHE TA KOMEN ISU KOLEKSI BAJU RAYA

“Baju itu sama cuma yang berbeza ialah saiz baju tersebut. Mereka kena faham, setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza.

Baca artikel sebelum: Baju Raya Che Ta RM299 sehelai indah khabar dari rupa, warna tak sama dan jahitan kelepet terbuka sana sini

“Jadi sepatutnya baju itu dipilih mengikut saiz yang sesuai dengan tubuh mereka. Janganlah kalau pakai saiz L tetapi yang dibelinya saiz M, memang tak sesuailah.

“Bila ambil saiz yang salah jadi bila disarungkan baju itu ke tubuh, sudah pastilah nampak serba tak kena,” katanya ketika ditemui ketika sesi ramah mesra bersama Che Ta bertempat di Tesco Extra, Shah Alam pada Rabu.

Che Ta juga turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan koleksi tersebut dijual hanya kerana dia adalah seorang selebriti.

“Saya ambil masa enam bulan untuk hasilkan koleksi baju ini, tak mungkinlah saya nak sia-siakan usaha sendiri dengan menjual sesuatu barang tanpa memikirkan tentang kualiti terlebih dahulu.

“Rekaan koleksi Syawal ini juga semuanya adalah idea sendiri dan saya nak mereka rasa cantik dan puas hati sewaktu memakai salah satu koleksi saya.

“Lagipun kami menggunakan kain yang selesa dan memudahkan mereka untuk mengambil wuduk,” jelasnya.

Dalam pada itu mengulas mengenai kolaborasinya bersama pusat membeli-belah Tesco Sdn Bhd (Tesco Malaysia), Che Ta akui berasa terharu kerana dia merupakan selebriti pertama yang dipilih oleh syarikat berkenaan.

“Rasa macam tak percaya pula bila ditawarkan utnuk kolaborasi bersama tesco untuk hasilkan baju raya.

“Sebelum saya dipilih, pihak Tesco telah membuat ‘survey’ dikalangan pelanggan mereka berkenaan tentang selebriti mana yang mereka mahukan untuk koleksi Raya.

“Rata-rata daripada pelanggan mereka telah memilih nama saya dan tipulah kalau kata tak rasa terharu dan saya anggap ini adalah rezeki.

“Alhamdulillah setakat ini RozitaCheWan X Tesco mendapat sambutan yang menggalakkan dan maklumbalas yang diterima agak positif,

“Busana Aidilfitri ini juga dijual dengan harga berpatutan iaitu RM299 dan saiz pula bermula dari XS hingga XL,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Che Ta baru sahaja selesai penggambaran program Teh Tarik Che Ta.

 

Sumber: Astro Gempak

Post a Comment

Previous Post Next Post