Lebih-lebih lagi sekiranya makanan tersebut diberikan bertujuan untuk jemaah berbuka puasa.
"Kalau hendak buat amal kebajikan hendaklah betul-betul sediakan khusus untuk berbuka puasa, bukannya berikan makanan lebih.
"Islam menyarankan jika kita mahu menderma atau menginfak kepada orang lain hendaklah diberikan daripada apa yang kita sayang atau sukai bukan yang kita sendiri tidak menyukainya," katanya.
Tegas beliau lagi, sewajarnya tidak harus menjadikan masjid dan surau sebagai tempat melambakkan sisa-sisa jualan yang ingin dibuang.
"Perbuatan sebegini tak menghasilkan pahala di sisi ALLAH SWT," katanya kepada Sinar Harian.
Wan Salim turut mengulas sikap peniaga yang menjual juadah berbuka puasa di bazar Ramadan secara ala kadar.
Semalam akhbar ini turut melaporkan seorang pelanggan di Kuala Nerang terkejut gara-gara membeli ikan bawal masak masam manis yang telah pun berulat.
Terangnya, sebagai agama rahmat Islam amat melarang umatnya daripada menyakiti atau menganiayai sesiapa sahaja lebih-lebih lagi sesama Islam.
Ini termasuklah dari aspek muamalat seperti pergaulan, jual beli dan sebagainya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
TerkiniInfo