Sebenarnya saya tidak tahu pun akan kewujudan rumah anak-anak yatim di sini. Sebelum itu, hati saya terdetik,
“Ya Allah, di mana rumah anak-anak yatim yang benar-benar daif di Kuala Lumpur ini. Aku nak beri sedikit sumbangan untuk bulan ini. Kau tunjukkanlah” saya berdoa sambil memandu di sekitar Kuala Lumpur.
Entah bagaimana saya boleh pula tersalah lorong terus ternampak banner di luar sebuah rumah yang tertulis,
‘Rumah Perlindungan Nur Hati‘
Saya singgah sebentar menghulurkan sedikit bantuan buat anak-anak syurga di sini. Ramai anak-anak kecil berlari-lari. Ada yang menangis, ada yang sedang minum susu. Hati tertanya-tanya, siapakah orang yang menguruskan rumah ini?
Saya pun meminta izin untuk masuk ke dalam. Bukan senang kita nak jaga orang tua yang bukan darah daging kita.
“Allahuakbar, mulianya hati orang ini,” dalam hatiku berkata.
Ummi menceritakan segala perihal yang berlaku dan menjawab segala persoalan saya.
“Dari mana sumber kewangan Ummi dapat untuk menampung perbelanjaan di sini? Ada mana-mana agensi atau badan-badan yang membantu?” soal saya.
“Itulah, nak cakap pun susah. Sebelum ini kami pernah cuba mendapatkan bantuan tetapi disebabkan proses bermacam-macam dan menyukarkan kami. Dengan naik turun jumpa sana sini, isi borang itu borang ini.
“Kami penat, sedangkan kami bukan buat perniagaan. Niat hanya mahu membantu orang sahaja. Jadi kami bergerak sendiri dengan sumbangan orang ramai sahaja,” kata Ummi.
Rumah Anak Yatim Nur Hati. Di sini menempatkan warga tua yang dibuang keluarga dan anak-anak yang dibuang dan ada juga yang didera serta dijaga sejak dari bayi lagi.
Setiap penghuni di sini mempunyai pelbagai kisah dan latar belakang mereka sendiri. Allahuakbar. Ramai rupanya anak-anak kecil di sini yang tiada ibu dan ayah. Sedih dan tiba-tiba air mata mengalir apabila mendengar kisah mereka di sini. Semoga Allah memelihara kalian semua.
Bagi yang ingin menyumbang, boleh terus menghubungi insan berhati mulia ini.
Ummi dan Encik Zaid:
011-32313138
011-32540540
Alamat:
No 2 Jalan Rasmi Jaya 11,
Taman Rasmi Jaya,
Ampang Selangor.
Dialah yang menjaga anak-anak dan warga tua di sini. Sumbangan kewangan dan keperluan harian amat dialu-alukan kerana mereka bukan badan yang mendapat peruntukkan dari mana-mana pihak. Mereka hanya ingin membantu, bukan menjalankan perniagaan. Hulurkan tangan, ringankan beban. –Wan D. NadLeeh
Sumber: PIXEL MEDIA
Tags:
tbKOR