Senarai 10 syarikat paling banyak rakyat Malaysia nak kerja

SYARIKAT mana yang paling banyak rakyat Malaysia nak kerja?

Menerusi satu kajian dijalankan oleh JobStreet.com yang melibatkan 7,958 responden, berikut merupakan carta 10 syarikat yang paling diidamkan oleh rakyat negara ini bagi membentuk karier:

10 Syarikat Paling Banyak Rakyat Malaysia Nak Kerja

10 Syarikat Paling Banyak Rakyat Malaysia Nak Kerja

10. Public Bank

10

job2

9. Tenaga Nasional Berhad

9

job3

8. Intel

8

7. Nestle

7

job4

6. Air Asia

6

job5

5. Maybank

5

job6

4. Sime Darby

4

job7

3. Google

3

job8

2. Shell

2

job9

1. Petronas

1

job10

Ini merupakan penganugerahan dua tahun berturut-turut buat Petronas apabila mereka sekali lagi dipilih sebagai peneraju carta yang dijalankan oleh agensi pekerjaan berkenaan.

Petronasi diwakili oleh Ketua Pengurusan Tenaga Kerjanya, Ungku Haslina Ungku Mohamed Tahir yang hadir menerima trofi tersebut.

Menurut Pengurus JobStreet Malaysia, Chook Yuh Yng, senarai 10 syarikat ini adalah sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia apabila enam daripada syarikat itu adalah milik tempatan.

“Ternyata senarai top 10 syarikat di Malaysia adalah lebih membanggakan apabila enam daripada 10 syarikat itu terdiri daripada syarikat tempatan.

“Ini berlainan dengan kajian yang dilakukan di negara serantau seperti Singapura dan Filipina yang mana senarai mereka lebih banyak dikuasai syarikat antarabangsa dan negara luar,”katanya ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan JobStreet Top 10 Companies 2016 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, hari ini.

Penyampaian trofi disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Talentcorp Malaysia, Johan Mahmood Merican dan Ketua Pegawai Eksekutif SEEK Asia, Suresh Thiru.

Dalam survey itu juga mendapati antara faktor-faktor yang menarik pekerja untuk memilih sesebuah syarikat itu adalah disebabkan faktor ganjaran dan insentif, gaji, budaya dan suasana kerja, perkembangan kerjaya dan reputasi syarikat tersebut.

Naib Presiden Pengurusan Kumpulan Sumber Manusia Petronas, Datuk Raiha Azni Abdul Rahman berkata: “Kami berterima kasih dengan Anugerah JobStreet.com’s People’s Choice Award 2016.

“Sebagai sebuah syarikat bertaraf global, Petronas yakin perkembangan pekerja adalah suatu faktor yang penting bagi kelangsungan sesebuah syarikat itu.

“Kami percaya dengan budaya kerja yang diterapkan di Petronas seperti Kesetiaan, Intergriti, Profesionalisme dan Kerjasama merupakan faktor yang menyebabkan kami kekal sebagai syarikat yang paling banyak rakyat Malaysia nak bekerja,” katanya.

Kajian JobStreet.com dilakukan pada Disember lalu melibatkan lebih 7,000 responden yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, jantina, tahap pendidikan dan dari pelbagai industri pekerjaan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post