Enggan terjerat lagi dalam percintaan tidak kesampaian, pelakon dan usahawan Rafidah Ibrahim mengambil langkah berani menentukan masa depan hidupnya.
Mesra dengan panggilan Fida, pelakon drama “Kasih Alia” mahu meminang calon suami yang mampu membimbingnya di dunia sampai akhirat.
“Bayangkan kali ini bukan saya tunggu orang meminang saya, sebaliknya kalau dalam berkawan saya rasa ada yang sesuai dan lelaki itu mampu membimbing saya dunia dan akhirat, saya mahu meminangnya agar menikahi saya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Fida baru-baru ini menerima kejutan apabila dihadiahkan kek bernilai RM50,000 sempena ulang tahun hari lahirnya ke-30.
Penyanyi “Apo Kono Eh Jang” berkata nilai itu termasuk seutas jam tangan mewah jenama Rolex yang berharga lebih RM40,000 yang diberi rakan-rakannya.
Ketika usianya mencecah 30 tahun, ibu pelakon filem “Man Sewel Datang KL” mula bertanyakan soal jodoh walau sebelumnya “tidak ambil kisah.”
“Bayangkan sebelum ini apabila orang sibuk bertanya mengenai jodoh saya, ibu tidak pernah ambil kisah. Bagaimanapun apabila dia sendiri bertanya di hospital baru-baru ini, saya tersentak.
“Saya tahu ibu bertanya kerana dia mula memikirkan bagaimana keadaan saya sekiranya dia tidak ada,” beliau dilaporkan berkata.
“Sekurang-kurangnya kalau sudah bernikah, suami akan bertanggungjawab penuh ke atas saya. Namun saya sendiri tidak punya jawapan untuk menjelaskan perkara ini.”
Sumber: Projek MMO