“Tak matang la Rafizi tuduh Rosmah Mansor boros”

Seorang anggota Majlis Tertinggi Umno mengutuk parti pembangkang yang kelihatan kehabisan isu kerana sering kali mengungkit isu pembaziran kerajaan untuk mengumpan pengundi.

Tuduh Rosmah boros tindakan tidak matang Rafizi, kata Irmohizam

Tuduh Rosmah boros tindakan tidak matang Rafizi, kata Irmohizam

Datuk Irmohizam Ibrahim, yang juga anggota parlimen Kuala Selangor, dalam kenyataan hari ini berkata tomahan yang dibuat setiausaha agung PKR Rafizi Ramli tidak matang setelah menimbulkan pertikaian terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

“Tomahan Rafizi yang mendakwa bahawa isteri Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sebagai boros kerana menaiki jet peribadi ke Turki adalah tidak matang.

“Ini mungkin kerana sebelum ini tuduhan yang dilemparkan kepada PM oleh beliau (Rafizi) dan kepimpinan parti pembangkang secara berterusan mengenai dana 1MDB dan RM2.6 juta tidak lagi menarik perhatian pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” kata Irmohizam.

Beliau berkata Rafizi seringkali memberi kenyataan dengan congakan angka yang mengelirukan rakyat sampai terlupa dengan 11 tindakan undang-undang terhadapnya.

Justeru itu, Irmohizam berkata bahawa parti yang matang seperti Barisan Nasional dilihat lebih tenang dan matang dalam menghadapi pilihan raya kecil.

“Parti yang matang tidak menyerang dengan mengecam individu dan mengaitkan secara semberono terhadap parti lawan, tetapi seharusnya menonjolkan kewibawaan sesebuah parti itu sendiri,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G yang diterima oleh Permata adalah satu kejayaan dan pengiktirafan yang besar.

“Anugerah ini juga telah menonjolkan nama Malaysia ke persada antarabangsa, tidak mustahil program Permata ini akan menjadi model terbaik untuk dilaksanakan di seluruh negara.”

Anggota parlimen itu turut berharap agar pengundi PRK boleh membezakan antara kebenaran dan retorik yang bernada hasutan dan mengesa pengundi agar berhati-hati dalam menilai pemimpin yang tidak ikhlas dan hanya tahu mencari kesalahan orang lain serta tidak memperjuangkan nasib rakyat. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO

Post a Comment

Previous Post Next Post