Datuk Red, suami Adira kongsi rahsia indahnya berpoligami. Ramai lelaki lain nak tahu ni!

SUSULAN penyebaran video menunjukkan suami Adira, Datuk Red sedang merangkul mesra pinggang pelakon Ruhainies di sebuah pusat beli belah, pelbagai kutukan diberikan kepadanya.

Walau bagaimanapun, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu 38, tidak pernah melarikan diri dari pihak media malah tampil berkongsi  ‘rahsia’ untuk menjaga hati kesemua isteri-isterinya tanpa sebarang masalah walaupun pelbagai pihak memberikan kutukan.

Datuk Red, suami Adira kongsi rahsia indahnya berpoligami. Ramai lelaki lain nak tahu ni!

Datuk Red, suami Adira kongsi rahsia indahnya berpoligami. Ramai lelaki lain nak tahu ni!

Menurut Datuk Red, para lelaki mesti berterus terang dalam segala perkara dan tidak boleh menipu pasangannya.

“Isteri-isteri kita memang pantang kalau kita berahsia dan menipu. Apa yang utama dalam hubungan suami isteri ialah, kita perlu berterus terang dalam segala perkara,” katanya kepada Utusan Online.

Datuk Red juga mengakui bahawa dia bersedia untuk berkahwin satu lagi selepas ini dan mungkin inilah sikap yang diamalkan olehnya sehingga berkelakuan seperti isteri-isterinya langsung tidak terguris hati.

Sebelum ini, Datuk Red pernah berkahwin semasa berusia 20 tahun tetapi perkahwinan itu telah berakhir dengan perceraian.

Kini Datuk Red mempunyai dua isteri iaitu Datin Red dan Adira. Selepas kantoi bermesra dengan Ruhainies, Datuk Red telah menetapkan syarat bahawa bakal isteri ketiganya perlulah seorang yang muslimah sekaligus mengakui Ruhainies bukanlah wanita yang dicari olehnya.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post