Susu lipas berpontensi jadi sumber protein, anda sanggup?

Cukup menggelikan bila cuba membayangkan susu lipas yang cukup sinonim dengan label kotor.

Namun berdasarkan kajian terkini, “susu” serangga berkaki enam itu mungkin boleh digunakan menjadi sumber makanan tambahan yang sesuai untuk kegunaan manusia.

http://ift.tt/2a1ucc5

http://ift.tt/2a1ucc5

Semuanya gara-gara penemuan saintis yang telah mendapati bahawa lipas jenis Pacific Beetle menyuap anaknya dengan sejenis formula yang kaya dengan sumber protein, lemak dan gula, lapor portal CNN.

Walaupun tidak seperti susu lembu dan kambing di pasaraya, Leonard Chavas yang merupakan salah seorang saintis yang terlibat dalam penyelidikan itu menjelaskan: “Kristal protein ialah susu untuk anak lipas. Ia penting untuk pertumbuhan.”

Beliau turut mendakwa bahawa kristal tersebut mempunyai tiga kali ganda tenaga berbanding dengan susu kerbau dengan berat yang sama, dan kira-kira empat kali ganda susu lembu.

Chavas dan rakan-rakannya mengkaji spesies lipas tersebut yang juga dikenali dengan nama sainitifk Diploptera punctata. Ia satu-satunya spesies lipas yang melahirkan anak lipas, dan ia berbeza dengan lipas lain yang biasanya bertelur di luar badannya.

Seperti makhluk lain yang melahirkan anak, lipas spesies ini juga menyuburkan embrio yang semakin berkembang dengan cecair yang kaya dengan protein dan dirembeskan oleh kantung uterus versi lipas.

Chavas dan rakan-rakannya telah berjaya mengekstrak salah satu daripada kristal protein itu untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya dan mengkaji potensinya.

“Kristal protein itu mengandungi zat yang kita perlukan: Protein, asid amino, lipid dan gula,” kata Chavas menjelaskan bahawa kandungan proteinnya adalah begitu tinggi.

Tambahnya, buat masa ini, pihaknya cuba untuk memahami bagaimana untuk mengawal fenomena ini dengan cara yang lebih mudah — supaya dapat menghasilkannya dengan besar-besaran.

Sumber : Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post