Kes 3 pelajar tahfiz cedera dirotan, seorang ustaz ditahan polis

Polis sahkan seorang ustaz ditahan membabitkan kes tiga pelajar lelaki cedera dirotan di sebuah pusat tahfiz, di sini, yang menjadi viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, berkata suspek berusia 27 tahun yang bertugas sebagai guru ganti di pusat tahfiz itu ditahan di Parit Buntar, Perak, malam tadi, susulan kes membabitkan kecederaan tiga pelajar berusia antara 10 dan 12 tahun itu.

Kes 3 pelajar tahfiz cedera dirotan, seorang ustaz ditahan polis

Kes 3 pelajar tahfiz cedera dirotan, seorang ustaz ditahan polis

“Berdasarkan siasatan, ustaz berkenaan dikatakan memukul tiga mangsa menggunakan rotan di dalam bilik kuliah di hadapan beberapa pelajar lain menyebabkan kecederaan pada badan dan kepala.

“Tindakan itu diambil selepas ketiga-tiga pelajar terbabit dikatakan cuba melarikan diri dari asrama, namun hasrat itu berjaya digagalkan,” katanya.

Terdahulu, foto seorang kanak-kanak lelaki dengan badan dipenuhi kesan rotan tersebar melalui media sosial. Polis mengesahkan kes itu berlaku di sebuah pusat tahfiz di Sungai Petani.

Satu laporan polis turut dibuat pihak pusat tahfiz terbabit, yang antara lain menafikan pembabitan pihak madrasah dalam kes itu, selain meminta siasatan dijalankan untuk mengelak berlakunya salah anggap.

Md Zukir berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan.

Katanya, suspek yang berasal dari Batu Kurau, Perak dijangka dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman, pagi ini.

Sumber : Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post