Kini misteri terjawab sudah! Mengapa sudu aiskrim McFlurry McDonald’s berbentuk straw?

BUAT peminat aiskrim McFlurry di restoran McDonald’s, pasti anda mungkin tertanya-tanya mengapa sudu yang digunakan oleh aiskrim ini berbentuk seperti straw?

Ya, sekali pandang memang nampak macam straw sebab mempunyai lubang di tengahnya. Apatah lagi bentuknya agak berbeza daripada sudu biasa.

Kini misteri terjawab sudah! Mengapa sudu aiskrim McFlurry McDonald's berbentuk straw?

Kini misteri terjawab sudah! Mengapa sudu aiskrim McFlurry McDonald’s berbentuk straw?

Jadi dengan bentuk empat segi pada bahagian pemegangnya, apakah fungsi sebenar rekaan ini?

Sesudah hampir 20 tahun aiskrim McFlurry diperkenalkan di pasaran, namun sehingga kini masih ramai yang tidak tahu fungsi sebenar sudu tersebut.

Seorang bekas pekerja di restoran makanan segera itu, menerusi laman sosial Tumblr berkongsi informasi dan rahsia mengapa sudu McFlurry direka sedemikian rupa.

“Reka bentuk sudu sengaja dibuat agar mudah dipasang pada mesin aiskrim. Kami isi aiskrim dalam bekas, tabur serpihan biskut Orea ke atasnya.

“Kemudian hanya menyambungkan sudu tersebut pada mesin aiskrim yang berfungsi untuk mengadunnya!” jelas bekas pekerja McDonald’s itu.

Mengapa Sudu Aiskrim McFlurry Berbentuk Straw?

Menurutnya juga, bentuk empat segi pada pemegang sudu ini memudahkan anda memegang dan mencedok aiskrim.

Manakala, bahagian lubang seperti straw bertujuan menjimatkan penggunaan plastik dan bertindak lebih efisien dengan suhu sejuk aiskrim.

Nah, sekarang dah terungkai kan rahsia mengapa sudu McFlurry berbentuk seperti straw!

Sumber : MYNEWSHUB.CC

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post