Masuk lorong kecemasan, terus masuk kandang mahkamah, awas!

Pemandu yang melakukan kesalahan menggunakan lorong kecemasan tidak akan dikenakan kompaun, sebaliknya terus dihadapkan ke mahkamah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron.

Beliau berkata sebanyak 429 aduan diterima daripada orang awam berhubung kesalahan menggunakan lorong kecemasan sejak 22 Mei hingga 24 Jun lepas.

Masuk lorong kecemasan, terus masuk kandang mahkamah, awas!

Masuk lorong kecemasan, terus masuk kandang mahkamah, awas!

Katanya pemandu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan denda RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

“Kita memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan pemandu yang melakukan kesalahan ini,” katanya dalam sidang media sempena pelancaran Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016 malams semalam.

Beliau diminta mengulas cadangan enam jenis kesalahan jalan raya untuk terus dihadapkan ke mahkamah.

Sementara itu, beliau berkata lima kesalahan jalan raya lain pula masih dalam peringkat kajian.

Lima kesalahan lain iaitu melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit serta memotong dan tidak membenarkan memotong.

“Kita sedang mengkaji… kita akan berbincang dengan pihak mahkamah dan juga Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros),” katanya.

Semalam, Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo berkata pihaknya bercadang untuk terus mendakwa pemandu yang melakukan enam kesalahan jalan raya sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri 2016 ke mahkamah.

Sementara itu, Nadzri berkata kenderaan berat tidak dibenarkan menggunakan jalan raya dua hari sebelum Hari Raya dan beberapa hari selepas itu.

Larangan terhadap kenderaan berat adalah pada 2 dan 3 Julai, dan pada Hari Raya, dan pada 9 dan 10 Julai kerana ia berisiko tinggi berlaku kemalangan, katanya.

Sumber : Amazing nara



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post