Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 38, secara jujur mendedahkan rahsia bagaimana untuk menjaga hati semua isteri-isteri yang dinikahinya.

Baca artikel sebelum: “Biar Adira rasa apa yang saya rasa, saya kenal Dato Red sejak dia hanya pemandu lori sayur” – Datin Red

“Perempuan, isteri-isteri kita paling pantang kalau kita berahsia atau menipu.

“Berterus-terang dalam segala perkara, itu yang utama dalam perhubungan suami isteri,” beritahu Datuk Red kepada wartawan Utusan Online, Aida Rizmariza Kamarudin.

Meskipun kisah perkahwinannya dengan Adira yang juga isteri mudanya dikritik teruk, lelaki ini mengambil pendirian untuk memilih tenang-tenang sahaja.

Malah dia tidak pernah sekalipun melarikan diri daripada pihak media yang berhasrat untuk mengetahui kejujuran dari bibirnya sendiri.

Sebelum Adira, Datuk Red mempunyai isteri lain iaitu seorang wanita yang dikenali sebagai Sharifah.

Ternyata perkahwinan adalah anugerah terindah buat dia, namun saat ini jelasnya tidaklah terfikir untuk berkahwin lagi.

Pernah berkahwin sebanyak tiga kali di mana perkahwinan pertama pada usia 20 tahun (bercerai), pengalaman hidup banyak mengajar dirinya.

Kisah Datuk Red mengegarkan industri hiburan kelmarin apabila beliau secara berani mendedahkan tidak punya masalah untuk berkahwin kali ketiga.

Isu kahwin tiga ini muncul apabila dia dilihat berdua-dua dengan pelakon Ruhainies di khalayak ramai dan video itu tersebar dengan meluasnya di media utama.