“Saya hanya bantu siasatan, tidak direman. Saya dipergunakan syarikat pelaburan tidak sah itu” – Adlin Aman Ramli

Pelakon Adlin Aman Ramli, 44, mendakwa dia hanya disoal siasat oleh pihak polis bagi membantu siasatan, bukannya ditahan reman seperti heboh diperkatakan sebelum ini.

Saya tidak direman, hanya bantu siasatan

Saya tidak direman, hanya bantu siasatan – Adlin – Sumber gambar dari suara.tv

Malah kata Adlin, dia bukanlah dalang dalam kes penipuan pelaburan yang membabitkan kerugiaan puluhan juta ringgit.

“Dengan apa yang berlaku, saya sendiri sebenarnya dipergunakan sebuah syarikat pelaburan tidak sah itu,” kata Adlin dalam sidang media khas di Damansara, hari ini.

Hubungannya dengan syarikat berkenaan tidak lebih dari sekadar untuk muncul dalam beberapa majlis kelolaan mereka.

“Saya hanya memenuhi undangan ke majlis mereka. Tidak ada kena mengena dengan syarikat mereka pun,” katanya lagi.

Percaya dirinya sendiri telah diperangkap oleh syarikat tersebut, Adlin turut menafikan laporan media sebelum ini yang mengatakan dia ditahan reman selama empat hari.

“Apa yang berlaku sebenarnya saya tidak ditahan reman, tetapi hanya membantu siasatan.

“Malah saya hanya berada di Balai Polis, Dang Wangi kurang 24 jam,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Adlin antara individu yang ditahan bagi membantu siasatan bagi kes penipuan pelaburan hartanah membabitkan kerugian melebihi RM 10 juta baru-baru ini.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post