Pendedahan Ford Malaysia Tipu Pengguna

Saya telah menghantar kenderaan saya iaitu Ford Fiesta 1.6 hatchback ke pusat servis Ford Trio Mantap Sdn Bhd dari mula kereta saya perlu diservis.

Setelah melakukan servis untuk 80,000 km, seminggu selepas itu, saya memandu ke Cyberjaya bagi menghadiri mesyuarat. Semasa memandu, kereta saya terberhenti secara tiba-tiba dan ini bukan kali pertama ini berlaku. Saya mencuba untuk start enjin tapi gagal lalu saya menelefon pihak tow untuk menghantar semula ke pusat servis tersebut.

Pendedahan Ford Malaysia Tipu Pengguna

3 hari selepas itu, saya menelefon pusat servis tersebut untuk bertanyakan tentang kereta saya dan mereka memaklum kan kos untuk membetulkan kereta tersebut ialah RM33K kerana enjin dan sistem kereta saya sudah rosak sepenuhnya. Mereka mengatakan bahawa minyak telah bercampur air, dan ini telah merosakkan sistem enjin kereta saya. Tetapi, kerosakan ini bukan berpunca dari diri saya. Kereta baru sahaja diservis seminggu yang lalu. Selama saya memandu sejak 10 tahun lalu, tidak pernah sesekalipun keadaan ini berlaku. Kereta itu baru usia 3 tahun lebih dan warantinya sudah tiada.

Saya mengambil langkah untuk membuka kes saya di KPDNKK. 2 minggu selepas itu, Ford meminta saya untuk menghantar geran kereta saya untuk membuat tuntutan insurans tetapi kes ini tidak diterima oleh pihak Auto Connexion (Ford) disebabkan waranti saya dah tamat dan mereka memberitahu bahawa saya menghantar kereta untuk servis tidak mengikut kilometer. (Cth : 60,000 km servis tapi saya hantar pada 64,000 km). Disebabkan itu, saya perlu menanggung kos sendiri.

Semua ini seakan-akan melepaskan tangan dan membiarkan saya menangung sendiri. Hari ini genap 4 bulan saya tiada kereta dan membayar bulanan tanpa menggunakannya. Saya ada meminta untuk diberi kereta sementara tapi tiada. Pada 27 April 2016 saya ada ke Tribunal Hak Pengguna untuk meminta nasihat tapi malangnya mereka tidak dapat membantu saya kerana Tribunal hanya akan membantu sekiranya bayaran kos penyelengaraan telah dibuat.

Untuk pengetahuan semua, selepas mendapat khidmat nasihat dari Pusat Servis terbabit, semasa melakukan servis 60,000 km mereka menasihatkan saya untuk menukar timing belt dan kos yang perlu saya bayar ialah RM1800. Selepas menukar timing belt tersebut kereta saya kerap kali terberhenti ketika memandu. Saya juga sudah memaklumkan pihak ford untuk membuat semakan dan sepanjang itu 2 kali kereta saya di hantar. Bahaya bagi saya untuk memandu kenderaan yang sering kali terberhenti apabila dipandu. Saya sudah membawa kes ini ke Fomca. 4 bulan sudah berlalu, tetapi tiada kemajuan dalam kes ini. Saya tetap membayar pinjaman kereta setiap bulan tanpa menggunakannya. Saya tidak tahu apa lagi yang boleh saya lakukan kerana Pihak Ford memberitahu benda yang sama seperti sebelum ini.

Siapa yang mahir dalam kes seperti ini, saya mohon nasihat. - Nora Alia

Post a Comment

Previous Post Next Post