Wanita naik teksi ke tempat kerja dirompak dan ditoreh mukanya oleh pemandu teksi di Subang Jaya

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila disamun pemandu teksi yang dinaikinya ketika dalam perjalanan untuk ke tempat kerja di sebuah pasar raya di SS 16, Subang Jaya pagi tadi.

Muka berdarah ditoreh pisau, wanita dirompak pemandu teksi

Muka berdarah ditoreh pisau, wanita dirompak pemandu teksi

Muka berdarah ditoreh pisau, wanita dirompak pemandu teksi – Gambar Hiasan

Ketua polis daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata mangsa berusia 28 tahun itu menaiki teksi jenis Proton Wira berwarna merah dan putih pada pukul 8.45 pagi sebelum pemandu teksi berkenaan tiba-tiba bertindak menyerangnya.

“Pemandu teksi itu secara tiba-tiba memberhentikan teksi di belakang Subang Parade sebelum mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukannya di sebelah kanan telinga penumpang berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Azlin berkata suspek kemudian mengarahkan mangsa supaya diam sambil mengeluarkan sepucuk pistol bagi mengancam mangsa.

Beliau berkata suspek telah mengambil wang tunai sebanyak RM1,500 serta barangan lain seperti telefon bimbit dan kunci rumah yang terdapat dalam beg tangan mangsa.

Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan di hadapan Pejabat Pos Jalan SS15 oleh suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu beberapa minit kemudian.

Mangsa mengalami kecederaan pada sebelah kanan muka akibat dihiris dengan pisau oleh suspek dan telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan menyebabkan kecederaan kepada mangsa, katanya. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post