Wanita terbakar ketika guna telefon bimbit semasa isi minyak meninggal dunia

Wanita yang melecur badannya selepas disambar api ketika menggunakan telefon bimbit semasa mengisi minyak di Taman Setapak Indah pada 28 Jun lalu, meninggal dunia Ahad lalu.

Wanita melecur ketika isi minyak meninggal dunia

Wanita melecur ketika isi minyak meninggal dunia

Wanita melecur ketika isi minyak meninggal dunia

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif setelah beliau dimaklumkan oleh keluarga mendiang hari ini.

Baca artikel sebelum: Padah guna telefon bimbit semasa mengisi minyak, wanita disambar api

T Sarifhla, 25, meninggal dunia pada jam 5 pagi di Hospital Kuala Lumpur.

“Perkara ini dimaklumkan oleh keluarga mendiang hari ini dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya kepada Bernama.

Pada 28 Jun lalu, Sarifhla melecur 60 peratus di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api.

Mangsa dikatakan sedang mengisi minyak sambil menggunakan telefon bimbit sebelum berlaku percikan api hingga menyambar telefon bimbitnya dalam kejadian jam 1.25 tengah hari itu.

Wanita itu dipercayai bertindak masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu kereta jenis Perodua Axia itu. – Bernama

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post