Diludah Penjenayah, Polis Maut

Arina Koltsova menyertai pasukan polis kerana mahu berkhidmat kepada negaranya, Ukraine, namun siapa sangka tragedi menimpanya ketika sedang menangkap seorang penjenayah.

Anggota polis wanita berusia 35 tahun itu telah dijangkiti penyakit tibi selepas diludah di muka oleh penjenayah terbabit lapor Mynewshub.

Diludah Penjenayah, Polis Maut

Arina tidak mendapat rawatan selepas itu namun pada suatu hari dia telah rebah di pejabat dan selepas dibawa ke hospital dia disahkan menghidap tibi dan jangkitan pada paru-paru. Arina terpaksa melalui kimoterapi.

Tubuhnya menjadi kurus dan Arina menjadi lemah akibat komoterapi yang digunakan untuk merawat penyakit tibi itu.

Menyedihkan apabila anggota polis yang berdedikasi itu akhirnya meninggal dunia.

Gambar selfie terakhirnya menunjukkan wajah Arina yang pucat dan berambut pendek.

Susulan kematian, ucapan takziah tidak putus-putus diberikan kepada Arina, yang dikenali ramai di Ukraine selepas wajah cantiknya sebelum ini tersebar di media sosial.

Sehingga kini tidak diketahui sama ada penjenayah yang meludahnya itu akan dikenakan pendakwaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post