“Jangan Ikut Perangai Papa” - Datuk Red

SUAMI kepada peyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red mengesahkan isterinya itu sedang hamil tujuh minggu selepas membuat pemeriksaan doktor pada minggu lalu.

Datuk Red mengesahkan isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan yang teruk seperti kebiasaan wanita yang lain.

Jangan Ikut Perangai Datuk Red

“Adira tidak mengalami alahan yang teruk. Cuma sekarang ini, tiap hari dia mahu makan kari mamak yang sebelum ini dia tidak suka pun,” katanya kepada mStar Online.

Datuk Red juga mengakui sedang merancang untuk membawa isteri keduanya itu bercuti ke Eropah dalam masa yang terdekat.

“Dah lama saya merancang untuk membawa Adira bercuti tetapi sedang mencari masa yang sesuai. Adira sukakan laut dan pantai, tetapi saya pulak tidak suka.

“Kalau murah rezeki kami, saya ingin mambawanya bercuti ke Eropah,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Datuk Red juga menasihati Adira agar memperlahankan kerjanya seninya sepanjang tempoh kehamilan dan mahu isterinya itu menumpukan perhatian terhadap kandungannya

Datuk Red juga telah berkongsi kegembiraan tersebut di akaun instagramnya dengan kepsyen;

Nasihat Sayu Datuk Red Buat Bakal Anak

“Alhamdulillah #bakadatored #umatyanghensem moga jadi anak yang soleh jangan ikut perangai papa.. tapi kalau korang pandai, siapa ibunya huhuhuhuhu”.

Post a Comment

Previous Post Next Post