Falsafah seorang Rosmah Mansor dari kacamata pegawainya Rizal Mansor, “Fitnah takkan tumpaskan kebenaran, jiwanya besar memaafkan penyerangnya”

Berdepan serangan demi serangan, pasangan hidup Datuk Seri Najib Razak, Rosmah Mansor mengambil sikap bertenang dan tidak melatah atau melenting.

Malah, kata pegawainya Rizal Mansor, isteri perdana menteri berjiwa besar dengan memaafkan penyerangnya itu.

Baca: 

Rosmah Mansor difitnah bersandar di dada Sultan Pahang

Falsafah seorang Rosmah Mansor dari kacamata pegawainya Rizal Mansor, "Fitnah takkan tumpaskan kebenaran, jiwanya besar memaafkan penyerangnya"

Falsafah seorang Rosmah Mansor dari kacamata pegawainya Rizal Mansor, “Fitnah takkan tumpaskan kebenaran, jiwanya besar memaafkan penyerangnya”

“Beliau tetap berjiwa besar memaafkan yang tukang sebar fitnah walaupun si pemfitnah sedikit pun tidak terbuka hati mereka memohon maaf kepada DSR (Rosmah).

“DSR anggap ini sebagai sebahagian asam garam menjadi isteri pemimpin tertinggi negara,” kata Rizal.

Dalam tulisannya di Facebook, Rizal berkata Rosmah berpegang kepada falsafah hidup bahawa “fitnah tidak sesekali mampu menewaskan kebenaran yang terungkai”.

Dalam tulisan “Datin Seri Rosmah Mansor yang kukenali” itu, Rizal mengingatkan bahawa tanda-tanda akhir zaman itu apabila fitnah berleluasa.

“Serangan fitnah menghukum bertubi-tubi. Serangan datang dengan pelbagai cara dan strategi yang berbeza.

“Manusia makin alpa dan terbuai dengan yang fana dengan sikap ketidakpedulian yang penuh agenda merudumkan keimanan,” katanya.

Dalam tulisan itu, Rizal turut memuatkan sekeping gambar Rosmah bertelekung sambil berdoa sesuatu ke hadrat ilahi.

Rizal semalam menyelar manipulasi kamera yang menggambarkan seakan-akan Rosmah bersandar di dada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Laporan polis berkaitan perkara itu turut dibuat.

Sumber : Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post