“Janganlah kecam saya, sebab aksi saya tidak menghairahkan sesiapa. Insya-Allah” – Siti Fatimah Husna

Selepas dikritik dengan pelbagai komen oleh pengguna media sosial, pelumba wanita Petronas Malaysian Cub Prix 2016, Siti Fatimah Husna Muslim tampil membela diri dan kerjaya pilihannya.

Siti Fatimah menjadi tumpuan pada acara Petronas Malaysian Cub Prix 2016 di Teluk Intan, Perak Sabtu apabila tampil memakai sut lumba motosikal yang dikatakan bertentangan dengan imejnya sebagai wanita muslimah dan bertudung labuh.

"Janganlah kecam saya, sebab aksi saya tidak menghairahkan sesiapa. Insya-Allah" - Siti Fatimah Husna

“Janganlah kecam saya, sebab aksi saya tidak menghairahkan sesiapa. Insya-Allah” – Siti Fatimah Husna

 

 

Siapa sangka aku adalah perempuan? Buka helmet (topi kaledar) baru orang terkesima.

“Janganlah kecam saya dengan aksi macam lelaki, sebab aksi saya tidak mengghairahkan sesiapa. Insya-Allah,” katanya melalui tulisan di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, beberapa keping gambar Siti Fatimah berpakaian lumba menjadi viral di media sosial dan mengundang kritikan sebahagian netizen.

Rata-rata mereka menganggap sut lumba yang dipakai Siti Fatimah agak ketat dan tidak sesuai dengan imej dan pemakaian hariannya yang menutup aurat dan bertudung labuh.

Siti Fatimah merupakan graduan kejuruteraan mekanikal berusia 25 tahun dan kini memilih kerjaya sebagai pelumba.

Kerjaya itu bermula apabila dia menjadi wakil One Speed Motorsport dan kini merupakan salah seorang pelumba Cub Prix Petronas Yamaha.

Tahun lalu, Fatimah yang merupakan peserta tunggal wanita dalam Kejohanan Supermoto Malaysia, muncul juara kategori CKD. 

Sementara itu, tinjauan di akaun Facebook milik Siti Fatimah mendapati peminatnya tetap memberikan sokongan meskipun beliau dihujani kritikan.

Malaysiakini sedang menghubungi Siti Fatimah untuk temu bual secara lebih mendalam berhubung minat dan kerjayanya dalam sukan pemotoran.

 

Sumber : Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post