Gambar disalahguna laman web kerja dalam talian, Zain Saidin arah pengurusannya siasat

Pelakon Zain Saidin akan meminta pihak pengurusannya meneliti satu laman web yang menggunakan gambarnya sebagai tarikan untuk orang ramai menyertai kerja dalam talian.

Zain, 32, ketika dihubungi Bernama berkata beliau tidak menyedari gambarnya digunakan dengan nama orang lain di laman web berkenaan.

Gambar disalahguna laman web kerja dalam talian, Zain Saidin arah pengurusannya siasat

Gambar disalahguna laman web kerja dalam talian, Zain Saidin arah pengurusannya siasat

“Saya tidak tahu tentang perkara ini dan akan meminta pihak pengurusan saya untuk siasat dengan lebih lanjut,” kata suami kepada aktres terkenal Rozita Che Wan ini.

Laman web itu antara lain memaparkan artikel bagaimana seorang rakyat Malaysia kononnya mampu meraih pendapatan puluhan ribu sebulan selepas menyertai aktiviti kerja dalam talian.

Ia turut memuatkan gambar Zain dan anak perempuannya. – BERNAMA

Sumber : Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post