Viral video biskut cream crackers Hup Seng terbakar kerana ada plastik, ini penjelasan sebenar…

VIRAL di laman sosial seorang individu telah mendakwa bahawa biskut jenama Cream Crackers yang dijual di pasaran konon mengandungi plastik.

Sebuah video amatur berdurasi 1 minit 45 saat itu kini tersebar di laman-laman sosial dan juga aplikasi WhatsApp.

Menerusi pencarian di laman Facebook, mendapati individu yang dikenali sebagai Zuraini Kassim telah memuat naik video berkenaan.

Viral video biskut cream crackers Hup Seng terbakar kerana ada plastik, ini penjelasan sebenar...

Viral video biskut cream crackers Hup Seng terbakar kerana ada plastik, ini penjelasan sebenar…

Video itu telah ditonton lebih 141 ribu dan dikongsi lebih daripada 7,300 perkongsian dengan kapsyen berbunyi: “Jangan beli dah biskut, lebar patutlah tak lemau. Sentiasa garing saja.

“Apabila makan merosakkan usus dalam perut. Tepung + plastik, serbuk plastik. Dengan pihak mana dipersalahkan? Ujian itu bangsanya sendiri yang menguji biskut tersebut. Awas bahan makanan bahaya,” tulisnya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Zuraini itu.

Cream Crackers Terbakar? Ini Penjelasannya...

Seorang pengguna Facebook yang dikenali Nurul ShafiQah Ainz berkata,

“Haha bongoknya yang viral tak belajar sains ke? Basic la wooi.. nak tahu lebih belajar food tech… belajar apa itu damage starch apa itu farighno graph… kalau nak ikutkan setiap makanan ada unsur chemical cuma peratusannya rendah.

“Even pokok kalau daun dah kering pon boleh terbakar… it about starch (kanji)dude…meh sini masuk lab (makmal) kakak ajar semua benda bukan setakat biskut sahaja akak ajar kau dari sebiji gandum tu kau kaji.”

Cream Crackers Terbakar? Ini Penjelasannya...

Manakala seorang lagi netizen berkata: “Bahan makanan kering memang akan terbakar sebab dalam makanan ada tenaga.

“Bila tinggi kalori lagi lama la dia terbakar sebab tenaga kimia berubah kepada haba dan cahaya,” kata Julia Romeli berkongsi info dari individu yang dikenali sebagai Cikgu Anese.

Oleh itu, para netizen dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan apa yang sering diviralkan jika tiada penjelasan yang kukuh.

Adalah lebih bak untuk menyiasat atau selidik dahulu kebenaran sesuatu cerita atau berita sebelum disebarkan.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post