Suruhanjaya Tenaga: Dapat rebat jika terputus bekalan elektrik 4 atau 5 kali setahun

Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini menjelaskan bahawa pengguna domestik hanya layak mendapat rebat jika mereka mengalami gangguan elektrik selama empat atau lima kali setahun, dan bukannya empat atau lima kali sebulan seperti yang dilaporkan Bernama sebelum ini.

Suruhanjaya Tenaga: Dapat rebat jika terputus bekalan elektrik 4 atau 5 kali setahun

Suruhanjaya Tenaga: Dapat rebat jika terputus bekalan elektrik 4 atau 5 kali setahun

Menurut ST dalam satu kenyataan hari ini, pengguna domestik di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mengalami gangguan elektrik selama empat jam dan lebih empat kali setahun, boleh mendapat rebat sebanyak satu peratus daripada bil purata bulanan bagi tempoh 12 bulan atau RM10, yang mana satu lebih tinggi.

Bagi pengguna di negeri-negeri lain, mereka boleh mendapat rebat serupa sekiranya berlaku gangguan lebih lima kali setahun, di mana setiap satunya terputus bekalan lebih daripada empat jam.

ST merujuk laporan berita dikeluarkan Bernama pada Jumaat lepas, yang memetik suruhanjaya bahawa para pengguna layak menerima sejumlah rebat sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik untuk tempoh tertentu, namun tidak ramai yang tahu mengenainya.

Sumber : BERNAMA

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post