Atlet Paralimpik Malaysia raih 2 pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016

Atlet paralimpik mencipta sejarah buat negara apabila meraih dua pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 menerusi Muhammad Ridzuan Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli di Rio de Janeiro, Brazil, hari ini.

Atlet Paralimpik Malaysia raih 2 pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016

Sukan Paralimpik Rio 2016

Atlet Paralimpik Malaysia raih 2 pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016

Muhammad Ridzuan Puzi memenangi pingat emas pertama menerusi acara 100m T36, awal pagi tadi.

Ridzuan, 29, pemenang pingat emas Kejohanan Dunia di Doha tahun lalu mencatat 12.07s.

Atlet kelahiran Perlis itu turut menyertai acara lompat jauh yang dijadualkan berlangsung malam esok.

Sementara itu, Muhammad Ziyad Zolkefli menghadiahkan emas kedua negara menerusi acara lontar peluru bagi kategori F20.

Atlet kelahiran Selangor itu turut melakarkan rekod baru dunia dengan catatan 16.84 untuk emas menewaskan atlet dari Greece, Dimitrios Senikidis yang meraih perak dan Todd Hodgetts dari Australia untuk gangsa

Kejayaan itu membolehkan Ridzuan dan Ziyad masing-masing menerima imbuhan lumayan bernilai RM1 juta untuk pingat emas selain penerbangan percuma seumur hidup daripada AirAsia.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post