MAS umum Samsung Galaxy Note 7 dilarang bawa masuk pesawat

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kini mengenakan larangan penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dalam pesawat mereka berikutan beberapa insiden letupan gajet terbabit sejak dua minggu lalu.

Larang bawa Samsung Galaxy Note 7 masuk pesawat

Larang bawa Samsung Galaxy Note 7 masuk pesawat

Larang bawa Samsun Note 7 masuk pesawat

Meskipun tiada lagi kes membabitkan letupan berlaku di Malaysia, MAS mengambil langkah mengumumkan larangan terbabit dalam laman sosial mereka.

Kenyataan di Facebook dan Twitter terbabit turut melarang Note 7 daripada dicas dalam pesawat dan daftar masuk.

Samsung sudah menggantung jualan model terbaru Galaxy Note 7, berikutan bateri telefon berkenaan meletup.

Note 7 mula diperkenalkan di Malaysia pada 19 Ogos lalu.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post