Ibu bunuh 2 anak dan gantung diri sendiri dalam tandas di Samarahan

Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun dipercayai dibunuh oleh ibu mereka di Kampung Baru, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern, berkata ibu berkenaan yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam tandas di rumah berkenaan.

Ibu bunuh 2 anak di Samarahan

Ibu bunuh 2 anak di Samarahan

Ibu bunuh 2 anak di Samarahan

Beliau berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak berkenaan dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 7.55 malam.

“Polis menjumpai dua kanak-kanak itu di bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal.

“Dia dibawa ke Hospital Jantung, Kota Samarahan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Lee berkata di dalam bilik tidur itu turut ditemukan sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata setakat ini kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut. – BERNAMA

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post