Bawa isi perut suami yang telah meninggal dalam beg, wanita ditahan di lapangan terbang

Bawa isi perut suami yang telah meninggal dalam beg, wanita ditahan di lapangan terbang | Pegawai kastam di lapangan terbang Austria terkejut besar apabila menemui isi perut manusia dalam beg seorang pelancong Maghribi, yang berkata ia milik suaminya yang sudah meninggal dunia.

Penemuan luar biasa itu dibuat inspektor di lapangan terbang wilayah Graz, yang memeriksa bagasi milik wanita yang tiba dari Maghribi, menurut akhbar Kleine Zeitung dan agensi berita APA.

Bawa isi perut suami yang telah meninggal dalam beg, wanita ditahan di lapangan terbang

Bawa isi perut suami yang telah meninggal dalam beg, wanita ditahan di lapangan terbang

Usus berkenaan dibungkus rapi dan diletakkan dalam dua bekas.

Wanita tidak dinamakan itu menjelaskan beliau mengesyaki suaminya, warga Maghribi yang dilahirkan pada 1976, diracun dan mahu analisis toksik ke atas tisu lelaki itu dilakukan.

Agensi APA melaporkan, penemuan itu disahkan Kementerian Kewangan, yang memantau perkhidmatan kastam Austria. Polis memberitahu mereka tidak diminta untuk turut terbabit dalam perkara itu. – AFP

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post