Kes murid kena potong kaki lepas minum susu di sekolah, kementerian jalankan siasatan

Kementerian Pendidikan akan memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan menyiasat kes murid mengalami masalah kesihatan serius selepas didakwa minum susu di sekolahnya di Segamat.

Kes murid kena potong kaki lepas minum susu di sekolah, kementerian jalankan siasatan

Kes murid kena potong kaki lepas minum susu di sekolah, kementerian jalankan siasatan

Siasat kes murid nak kena potong kaki

Baca artikel sebelum: Kaki jadi hitam selepas minum susu diberi sekolah

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata, pihaknya akan menyiasat secara terperinci kes itu berikutan doktor mencadangkan kaki kiri murid itu dipotong susulan komplikasi kesihatan dialaminya yang dipercayai mempunyai kaitan dengan susu berkenaan.

“Siasatan akan dilakukan sama ada ia berpunca daripada susu atau komplikasi perubatan lain. Prosedur pengedaran susu ke sekolah dilakukan secara telus dari aspek pengedaran hingga simpanan.

“Kementerian akan meminta penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri dan menunggu laporan terkini mengenainya,” katanya.

Saziila Anuar, 12, dimasukkan ke Hospital Segamat pada 27 Julai lalu kerana demam serta sakit perut selepas minum susu yang diberi pihak sekolahnya sebelum itu.

Dia yang dirawat di hospital kemudian koma dan sebaik sedar, sebahagian kaki dan tangannya menjadi kehitaman seperti terbakar hingga doktor mengambil keputusan untuk memotong kaki kirinya itu. Namun keluarganya tidak membenarkan tindakan itu.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post