Lelaki terpaksa bermalam dalam jamban gara-gara tangan tersangkut dalam lubang jamban

Seorang lelaki terpaksa bermalam di dalam tandas selepas tangannya tersangkut di lubang jamban gara-gara cuba menyelamatkan telefon pintarnya yang terjatuh.

4 jam tangan dalam lubang jamban

4 jam tangan dalam lubang jamban

Kejadian berlaku apabila lelaki itu membuang air kecil di rumahnya pada jam 2 pagi Selasa lalu dan secara tidak sengaja telefon pintarnya terjatuh ke dalam lubang tandas.

Lelaki itu terus memasukkan tangan kirinya ke dalam lubang jamban untuk menyelamatkan telefon bimbit berkenaan tetapi lengannya tersangkut.

Lebih malang lagi, lelaki itu tinggal seorang diri dan tiada siapa yang mendengar jeritannya bagi meminta pertolongan.

Lelaki itu terpaksa tidur di dalam tandas dalam keadaan tertiarap dan sebelah tangannya masih berada di lubang jamban.

Pada jam 5 pagi, seorang jiran mendengar jeritan lelaki itu tetapi dia mengambil masa sejam untuk mengenal pasti apa yang berlaku sebelum menghubungi bomba.

Satu pasukan bomba yang datang terpaksa memecah pintu kediaman lelaki berkenaan sebelum menemui mangsa terbaring dengan keadaan tangannya berada di dalam lubang tandas.

Bomba mendapati tangan lelaki itu sudah membengkak dan terpaksa memecahkan tandas berkenaan untuk membebaskan mangsa. – Agensi

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post