Mayat bayi cukup sifat dibuang dalam tong sampah hospital

Mayat bayi cukup sifat ditemui dalam tong sampah bersebelahan kantin Hospital Raja Permaisui Bainun (HRPB), di sini, hari ini.

Kalau sudah buta hati

Kalau sudah buta hati

Mayat bayi berkenaan ditemui tukang cuci, Nor Hanizam Idris, 46, dalam keadaan sudah berulat, pada 10.55 pagi.

Nor Hanizam berkata, dia yang sedang memunggah sampah dalam tiga tong yang berada di sebelah kantin hospital itu terkejut apabila menemui satu bungkusan yang tidak berikat dalam tong sampah itu.

Katanya, mayat bayi yang sudah dihurungi ulat itu kemudiannya terjatuh menyebabkan dia memanggil beberapa rakannya untuk mengenalpasti sama ada objek itu.

“Objek itu sangat kecil, hanya kira-kira besar dua penumbuk menyebabkan saya tidak dapat mengecamnya dan terpaksa memanggil rakan lain.

“Selepas disahkan objek itu adalah mayat bayi, saya kemudiannya terus membuat laporan polis,” katanya ditemui di lokasi kejadian.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post