Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menyiarkan laporan penuh siasatan pesawat AirAsia X mendarat salah tempat tahun lalu di Melbourne, Australia.
Pilot tersalah masuk koordinat, Pesawat AirAsia X mendarat salah tempat
Laporan berkenaan menyebut kesilapan itu berlaku selepas juruterbang pesawat tersebut telah secara tidak sengaja memasukkan koordinat pesawat yang salah sebelum memulakan penerbangan ke Kuala Lumpur dari Sydney, Australia.
“Ini telah menjejaskan sistem navigasi pesawat namun ia tidak disedari sehinggalah pesawat itu di udara dan mula mengesan arah yang salah.
“ATSB juga dapati pesawat ini tidak dipasang dengan sistem pengurusan penerbangan yang mampu mengawal masalah kesilapan memasukkan data secara automatik,” kata laporan itu yang disiar di laman web ATSB.
Pada 10 Mac tahun lalu, pesawat AirAsia X, Airbus A330 berlepas dari Sydney menuju ke Kuala Lumpur namun selepas beberapa jam pesawat itu mendarat di Melbourne.
Dalam pada itu, ATSB mencadangkan AirAsia menambah baik sistem penerbangan mereka.
Pesawat terlibat dikatakan mampu membawa 335 penumpang dalam satu penerbangan.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW