“Saya tegur perkara yang betul dan tahu kenapa pengetua (Datuk Shake) keluar dari dewan. Saya hanya sentuh bab persembahan dan bukannya vokal,” kata Ogy Ahmad Daud mengenai insiden dia memarahi seorang peserta Akademi Fantasia 2016, Ahad lalu.
Dia diundang ke program realiti itu sebagai juri jemputan kategori persembahan.
Ogy berkata, dia menegur dan mahu memperbetulkan persembahan Asha, 20 atau nama sebenarnya Siti Aishah Abdul Rahman.
“Dia menyanyikan lagu Elergi Sepi dendangan asal Azharina Azhar tetapi persembahannya macam Mulan Jamela.
“Melodi Elergi Sepi digubah dengan cukup menarik oleh Edry Abdul Halim tetapi di manakah letaknya kebijaksanaan dan kreativiti Asha ketika menyanyikan lagu itu.
“Saya mesti berkata benar. Lirik Elergi Sepi menceritakan kesilapan yang dilakukan seorang wanita dan dia meminta maaf. Mood lagu itu sepatutnya sedih tetapi Asha jadikannya gembira.
“Mereka berada dalam akademi untuk belajar dan jangan hanya mengharapkan menang undi. Cuba tengok kembali peserta yang menang kerana undi. Kebanyakannya tidak berjaya dalam industri,” katanya.
Ogy semakin berang apabila ada peserta yang bersikap sambil lewa dan tersenyum ketika dikritik.
“Ketika saya belajar berlakon dulu nak tengok muka cikgu pun takut. Inikan pula nak tersenyum-senyum memang nak cari nahas. Bagi saya mereka tak serius belajar.
“Apabila ditanya, mereka tak faham apa itu seni. Saya memang tak boleh tahan dengan orang yang mempermain-mainkan seni”, katanya.
Ogy berpendapat hanya dua peserta menampilkan persembahan yang bagus iaitu Kareshma Martin John Patrick (Reshma) 18 dan Mohamad Amal Shafiq Osman (Amal), 26.
Amal jujur dalam persembahannya dan Reshma pula serius belajar,” katanya.
Konsert mingguan AF2016 diadakan di Auditoriam Majlis Bandaraya Shah Alam.
Sumber: Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW