Baki pinjaman PTPTN gadis dihempap cangkuk kren diselesaikan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyerahkan manfaat takaful kepada waris mendiang Chin Khoon Sing yang maut dihempap gelendong cangkuk kren di Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Baki pinjaman PTPTN gadis dihempap cangkuk kren diselesaikan

Baki pinjaman PTPTN gadis dihempap cangkuk kren diselesaikan

Manfaat itu diserahkan kepada ibu saudara mangsa, Yeoh Hang See, 55, oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid dan Pengurus Besar PTPTN negeri, Ahmad Dasuki Abdul Majid di sini, sebentar tadi.

“Jumlah baki pinjaman pendidikan mendiang adalah tertakluk sepenuhnya di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok dan sebagaimana perjanjian pinjaman pendidikan.

“Justeru, baki hutang pinjaman pendidikan Khoon Sing berjumlah RM52,141.49 secara automatik diselesaikan sepenuhnya, selain warisnya juga menikmati faedah khairat kematian sebanyak RM1,500,” katanya.

Ogos lalu, Khoon Sing, 24, yang berasal dari Gurney Park, maut apabila gelendong cangkuk kren yang dipercayai diubahsuai menghempap kereta yang dipandunya ketika melalui kawasan pembinaan di tepi Jalan Raja Chulan.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post