SPRM dedah wujud perlakuan pelajar rasuah penyarah untuk lulus

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wujud perlakuan rasuah membabitkan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) menawarkan habuan wang kepada pensyarah untuk menaikkan gred pencapaian akademik dan lulus peperiksaan.

Pelajar IPT rasuah pensyarah untuk naik gred, lulus

Pelajar IPT rasuah pensyarah untuk naik gred, lulus

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata suruhanjaya itu ada menyiasat kes sedemikian, termasuk melakukan pendakwaan.

“Memang ada isu rasuah membabitkan pelajar IPT. Inilah yang kita bimbang kerana kelompok berusia 40 tahun ke bawah merekodkan perlakuan rasuah agak tinggi dengan 55 peratus tangkapan adalah daripada kelompok berkenaan.

“Justeru, SPRM akan menggunakan pelbagai medium untuk meningkatkan kesedaran mengenai jenayah rasuah,” katanya namun tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai kes sedemikian yang dikesan setakat ini.

Katanya, SPRM juga mahu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM daripada 65.9 peratus ketika ini kepada 80 peratus, iaitu selaras tahap piawaian antarabangsa.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutupan Program Peningkatan Integriti dan Pencegahan Rasuah Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan MARA (IPMa) di Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuching, di sini hari ini

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post