Berhak dapat 15% pendapatan Zizan Razak, Marina Juki bersyukur

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi akhirnya kemenangan berpihak kepada saya. Saya berasa amat bersyukur selepas lebih dua tahun setengah menunggu dan akhirnya kes ini selesai.”

Berhak dapat 15% pendapatan Zizan Razak, Marina Juki bersyukur

Berhak dapat 15% pendapatan Zizan Razak, Marina Juki bersyukur

Berhak dapat 15% pendapatan Zizan Razak, Marina Juki bersyukur

Baca artikel sebelum: Mahkamah putuskan Marina Juki berhak dapat 15% pendapatan Zizan Razak dari 2011 sehingga Mei 2015

Demikian reaksi ringkas bekas pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki ketika dihubungi bagi mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi berhubung kes berkaitan perlanggaran kontrak.

Mahkamah memutuskan Marina, 33 berhak mendapat 15 peratus daripada pendapatan pengacara itu sepanjang 2011 sehingga Mei 2015.

Pada 5 November 2014, Marina memfailkan saman terhadap Zizan yang didakwa melanggar syarat perjanjian apabila mengikat kontrak dengan syarikat lain sebelum kontraknya bersama Wire Fame Entertainment tamat.

Marina adalah perunding syarikat pengurusan Uprising Entertainment yang menguruskan artis seperti Juliana Evans, Kaka Azraff, Johan Asaari, Haris Baba dan Ummi Nazeera.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post