Siapa cepat kahwin, dapat pakej bulan madu percuma ke Greece

Demi merangsang usaha temu jodoh yang mematuhi syariah, sebuah syarikat menawar pakej bulan madu percuma kepada pemohon yang berjaya.

Halal Speed Dating (HSD), popular dengan acara mempertautkan cinta, memilih Santorini, Greece sebagai hadiah buat pasangan pertama dalam programnya yang berkahwin.

Percuma: Siapa cepat kahwin, dapat bulan madu ke Greece

Percuma: Siapa cepat kahwin, dapat bulan madu ke Greece

Percuma: Siapa cepat kahwin, dapat bulan madu ke Greece

“Kami bekerjasama dengan agensi-agensi pelancongan.

“Oleh itu, kami boleh menyediakan sehingga 11,000 destinasi bulan madu di seluruh dunia,” kata seorang pengasasnya Syed Azmi Alhabshi dalam Facebook peribadinya semalam.

“Tawaran pertama kami Santorini, Greece secara percuma untuk pasangan pertama yang berkahwin pada sesi yang akan datang.”

Beliau merujuk sesi temu jodoh HSD yang diadakan pada 1-2 Oktober dan juga 8-9 Oktober.

Syed Azmi juga menyatakan HSD akan mengumumkan pakej perkahwinan berpatutan yang ditawarkan buat bakal pasangan “berkahwin secara sederhana”.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post