Pegawai kerajaan seleweng projek RM3.3 bilion; RM112 juta wang tunai, 9 kereta mewah dan 97 geran tanah dirampas

Kota Kinabalu: Berhubung kes seleweng projek RM3.3 bilion, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM112 juta, sembilan kereta mewah, barangan kemas, geran tanah dan beberapa barangan lain susulan tangkapan dua pegawai jabatan kerajaan di Kota Kinabalu, semalam.

Pegawai kerajaan seleweng projek RM3.3 bilion; RM112 juta wang tunai, 9 kereta mewah dan 97 geran tanah dirampas

Pegawai kerajaan seleweng projek RM3.3 bilion; RM112 juta wang tunai, 9 kereta mewah dan 97 geran tanah dirampas

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, semua wang dan barangan terbabit ditemui hasil daripada serbuan di beberapa lokasi termasuk pejabat, rumah dan kenderaan milik suspek.

“Daripada RM112 juta wang tunai itu, RM52 juta disimpan di rumah, pejabat dan kenderaan suspek manakala selebihnya di beberapa akaun bank milik suspek dan keluarga mereka.

“Selain dua kakitangan kerajaan berpangkat pengarah, 54, dan timbalan pengarah, 51, dua lagi individu ditahan membabitkan seorang ahli perniagaan, 55, dan akauntannya, 50, turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Turut dirampas 97 geran tanah milik seorang daripada pegawai kerajaan berkenaan,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Tambah beliau, siasatan secara terperinci akan diteruskan termasuk membabitkan beberapa individu lain yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post