“Saya tahu saya bukan Beyonce atau Adele” Luahan Fazura selepas dikritik buat persembahan syok sendiri di Litar Sepang

“Saya tahu saya bukan Beyonce atau Adele” Luahan Fazura selepas dikritik buat persembahan syok sendiri di Litar Sepang  | Sedar persembahan nyanyiannya di konsert Grand Prix Malaysia (GP) di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad lalu dikritik sebagai persembahan syok sendiri, Fazura tidak cepat melatah. Malah dalam satu status yang dimuat naik di Instagram, beliau akui dirinya bukanlah penyanyi profesional seperti Adele atau Beyonce tetapi berasa gembira dengan peluang yang diberikan.

"Saya tahu saya bukan Beyonce atau Adele" Luahan Fazura selepas dikritik buat persembahan syok sendiri di Litar Sepang

“Saya tahu saya bukan Beyonce atau Adele” Luahan Fazura selepas dikritik buat persembahan syok sendiri di Litar Sepang

 

 

Fazura merupakan salah satu daripada persembahan pembuka untuk ikon R&B terkenal dunia, Usher yang berlangsung selepas tamatnya perlumbaan. Dalam status itu juga, Fazura melahirkan perasaan terharu dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan peluang untuk membuat persembahan itu, yang disifatkan sebagai sebuah impian yang menjadi kenyataan.

Terdahulu, Fazura telah mencuri tumpuan orang ramai selepas persembahan beliau menyanyikan lagu Cheap Thrills, dendangan asal Sia dianggap sebagai persembahan syok sendiri. Pada masa yang sama, ramai juga berpendapat beliau lebih bagus jika hanya terus berlakon daripada cuba menjadi selebriti versatil dengan mencuba nasib di dalam bidang nyanyian.

Sumber: Rotikaya



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post