Suami harungi detik cemas isteri terbersalin dalam Marrybrown

Rancangan seorang suri rumah untuk menikmati hidangan nasi lemak di restoran makanan segera di sini malam tadi tertangguh seketika bila perutnya tiba-tiba terasa sakit lalu bersalin di situ juga.

Isteri terbersalin dalam Marrybrown

Isteri terbersalin dalam Marrybrown

Isteri terbersalin dalam Marrybrown

Nurul Haslina Abdul Halim,27, berjaya melahirkan bayi perempuan seberat  2.56 kilogram dengan bantuan seorang jururawat klinik swasta dan kakitangan restoran berkenaan pada jam kira-kira jam 11.20 malam.

Ibu muda itu terpaksa menempuh pengalaman tidak dapat dilupakan apabila melahirkan anak keduanya ketika menikmati makanan di restoran berkenaan selepas membeli-belah barangan bayi bersama suaminya, Mohd Lufti Hussein,33.

Pasangan suami isteri mendirikan rumahtangga pada tahun 2011 itu,  dari Taman Selasih Kulim, Kedah, singgah ke pusat membeli belah itu selepas jumpa dengan kawannya di sini. Mereka mempunyai anak lelaki sulung, Muhammad Aqhar Mohd Lufti berusia 13 bulan.

Nurul Haslina menceritakan semula detik cemas yang dilalui, dia berkata tidak sangka sakit perut seperti biasa itu adalah petanda untuk bersalin, namun air ketuban pecah sebaik sahaja berdiri untuk membasuh tangan selepas menikmati makanan di restoran berkenaan.

“Saya tidak dapat nak bergerak apabila air ketuban pecah, suami pun menjadi panik sebelum meminta bantuan dengan kakitangan restoran berkenaan.

“Kebetulan, pada masa itu ada seorang jururawat dari klinik swasta yang berada di situ yang membantu menyambut kelahiran bayi serta dibantu kakitangan wanita restoran tersebut berkumpul menutup kawasan berkenaan,”katanya ketika ditemui Sinar Harian, di Wad Bersalin Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, petang tadi.

Nurul Haslina dan Mohd Lufti juga sudah memberi nama anak perempuan mereka sebagai Nur Dayana. Dia adalah cucu ke-12 untuk ibu Nurul Haslina, Che Bonah Mahmud,55, yang kini turut temani anaknya di hospital berkenaan.

Inisiden kelahiran bayi di restoran Marrybrown turut menjadi viral selepas dimuatnaik dalam laman sosial seperti Facebook dan WhatApps.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post