“Berhimpun semalam dapat apa? Kosong” – Khairy Jamaluddin

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa, himpunan Bersih 5 semalam hanyalah sebuah ‘pesta’ untuk berseronok-seronok.

Ujarnya, ini kerana himpunan semalam tidak mencapai apa-apa kebaikan untuk rakyat, selain hanya untuk mencapai matlamat politik golongan tertentu.

"Berhimpun semalam dapat apa? Kosong" - Khairy Jamaluddin

“Berhimpun semalam dapat apa? Kosong” – Khairy Jamaluddin

“Himpunan hanya untuk jatuhkan kerajaan, undur orang tertentu, jadi apa yang anda capai? Kosong.

“Tak capai apa apa, berbanding hari ini hasil dapatan kita dalam Konvensyen Anak Muda Bandar 2016, kita bincang soal perumahan, pendidikan ini semua untuk rakyat, tetapi semalam ada mereka bercakap soal ini, ” katanya ketika memberi ucapan dalam Konvensyen Anak Muda Bandar 2016 di Institut Latihan Bandar Tun Razak, hari ini.

Maka katanya tidak perlulah diadakan himpunan sekiranya hanya beretorik menggunakan nama rakyat, sebaliknya soal kepentingan rakyat dikesampingkan.

“Semalam himpunan hanya menggunakan nama rakyat semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy mengucapkan syabas kepada kepimpinan Barisan Nasional Wilayah Persekutuan yang berjaya membawa wadah baharu dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Tahniah Pemuda, Puteri Wilayah Persekutuan dapat anjurkan program sebegini dengan cemerlang, kerana apa yang kita capai hari ini sangat berbeza dengan himpunan semalam.

“Di sini kita capai nilai politik yang membawa resolusi kepada rakyat,” katanya.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post